Pages

Wednesday, 29 June 2011

ADAKAH KITA RAGU KEPADA ALLAH S.W.T ?


Adakah kita ragu dan syak wasangka terhadap tanda-tanda kebesaran Allah? Sehingga sebahagian orang yang menyimpang itu mentertawakan dan mengejek nilai-nilai luhur, moral, agama, bahkan Al-quran dan hadith juga mereka remehkannya.
 Raja Namrud itu tiba dengan membawa seorang pengawal, dia berkata: “Orang ini saya akan hidupkan di hadapan kalian semua”, kemudian dia tiba lagi dengan orang lain, lalu dia menyembelihnya, kemudian dia berkata: “Dan orang ini saya matikan!”
Ooh ... betapa dungu, bodohdan tololnya orang yang kafir zindiq yang pendusta ini!
Lalu Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam menjawabnya dengan jawapan yang tidak boleh ditentang dan dijawab lagi dan dia juga tidak memberikan ruang yang sedikitpun untuknya menentang kembali. Firman Allah S.W.T:
“..... Ibrahim berkata: sesungguhnya Allah menerbitkan matahari daripada timur, maka terbitkanlah dia daripada barat.”..... (Al-Baqarah: 258)
Kalau kamu memang benar seorang Tuhan.
.......lalu terdiam orang kafir itu....”(Al-Baqarah:258)
Maksudnya; dia menjadi kalah, hancur, bernasib malang, rugi dan terhina.
“... dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (Al-Baqarah:258)
Maksudnya; bahawasa Allah S.W.T tidak akan memberikan petunjuk kepada orang-orang yang berbuat aniaya tersebut, kerana lembarab-lembaran mereka sudah terbakar, mereka tidak lagi mempunyai hujah, alasan dan pegangan kerana mereka adalah para Dajjal, pendusta dan berani menentang Allah S.W.T.
Nanum setelah Nabi Ibrahim melontarkan hujah yang mematikan ini, tetapi Namrud masih tidak berpuas hati dan tidak duduk diam dan belum sedar daripada kesesatan, kedustaan dan kegilaannya. Lantas diapaun menyuruh rakyatnya yang kafir untuk menyusun kayu api bagi membakar Nabi Ibrahim Alaihisalam. Tenteranya menangkap baginda yang melastik baginda ke dalam api tersebut. Lalu kepada siapakah Nabi Ibrahim Alaihisalam bermunajat? Dan kepada siapakah baginda mengadu, meminta pertolongan dan keselamatan?
Siapakah yang dapat mencegah segala bahaya selain dari Allah S.W.T


No comments:

Post a Comment