Pages

Thursday, 7 July 2011

SEPUTAR BULAN SYA'BAN

Diriwayatkan dari 'Aisyah radhiallahu'anha bahawa:

    Rasulullah s.a.w banyak berpuasa (pada bulan sya'ban) sehingga kita mengatakan; beliau tidak pernah berbuka, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sebulan penuh kecuali puasa dibulan ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w banyak berpuasa melebihi puasa dibulan sya'ban (muttafaq 'alaih).

        Ketika Rasulullah s.a.w ditanya oleh Usamah bin Zaid kenapa baginda banyak berpuasa dibulan Sa'ban beliau menjawab: 

     "Kerana bulan ini banyak dilalaikan oleh manusia padahal pada bulan tersebut akan diangkat amalan-amalan seorang hamba kepada Allah s.w.t , dan saya ingin amalanku diangkat dan saya sedang berbuasa" (HR. Abu Dawud dan An Nasai, lihat
shahih targhib wat tarhib 425 dan shahih abu Dawud 2/461)

 Ibnu Rajab berkata:  
"Puasa dibulan sya'ban lebih utama daripada puasa di bulan-bulan haram, dan sebaik-baik amalan sunnah adalah yang dilakukan ketika dekat dengan bulan suci ramadhan baik sebelum mahupun sesudahnya, maka puasa pada bulan ini kedudukannya seperti sunnah-sunnah rawatib sebelum atau sesudah fardhu dan berfungsi untuk melengkapi jika ada kekurangan pada amalan fardhu tersebut. Demikian pula puasa sebelum dan sesudah ramadhan memiliki keutamaan lebih dibanding puasa-puasa lain yang bersifat mutlak atau umum. Oleh karana itu puasa yang dilakukan ketika sudah mendekati ramdhan lebih utama dibanding puasa-puasa yang dilakukan jauh dari bulan suci ini".
Sabda rasulullah s.a.w yang menyebutkan bahawa bulan sya'ban ini banyak dilalaikan oleh manusia menunjukan akan dianjurkannya kita untuk menggunakan waktu untuk ketaatan disaat manusia banyak melalaikannya, sebagaimana kita dianjurkan untuk banyak berdzikir dipasar di  mana kebanyakan orang ditempat tesebut lalai akan akhirat dan disibukkan dengan urusan duniawi, di antara faedah yang boleh kita petik dari hal ini adalah:

  1. - ibadah pada waktu orang sedang lalai lebih membantu kita untuk berbuat ikhlas karana kita mengamalkan sesuatu yang tidak diketahui oleh banyak orang, apa lagi puasa yang merupakan rahsia antara Allah dan hamba-Nya.
  2. - demikian juga beramal pada saat manusia lalai terasa lebih berat dibanding jika kita melakukan amalan secara beramai-ramai.

1 comment:

  1. thanks for visiting my blog. You also have a nice blog.

    ReplyDelete