Pages

Sunday, 19 June 2011

1. CINTA YANG AGUNG



Bagaimana kamu dapat meraih kecintaan Allah?
Bagaimana kamu dapat memperoleh keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala?
Bagaiman kamu dapat menjadi seorang hamba Allah Subhanahu wa Ta’ala yang sesungguhnya?

Sesungguhnya  cita-cita dan tuntutan terbesar dalam Islam adalah kamu menjadi orang yang dicintai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, kamu menjadi orang yang sentiasa dekat dengan Allah dan kamu menjadi seorang daripada para wali Allah serta dicintai Allah. Oleh kerana itu, Rasullullah menggolongkan para wali Allah Subhanahu wa Ta’ala ini menjadi dua golongan:

                 i.            golongan pertama, ialah mereka yang pertengahan, iaitu; orang-orang yang       kebaikannya sebanding dengan kesalahanya.(melakukan perkara wajib sahaja)
               ii.            golongan kedua, adalah mereka yang lebih dahulu dalam membuat kebaikan, iaitu;orang-orang yang kebaikannya amat banyak dam amat jarang berbuat kesalahan.(melakukan perkara wajib dan sunat)
Rasullullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman; ‘ sesiapa yang memusuhi waliku, maka seolah-olah dia sudah berani mengistiharkan perang denganku.tidaklah seorang hambaku mendekatkan diri kepadaku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang telah Aku wajibkan kepadanya, dan hambaku itu sentiasa mendekatkan diri kepadaku dengan ibadah-ibadah sunnah, sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka Aku akan menjadi pendengarannya yang ia mendengar denganya,Aku akam menjadi penglihatan yang ia melihat dengannya, Aku menjadi tangannya yang ia memukul dengannya dan Aku menjadi kakinya yang ia berjalan dengannya, apabila ia meminta kepadaku., nescaya Aku akan mengabulkannya dan apabila ia memohon perlindungan kepadaku, nescaya Aku akan melindunginya.’ (Al-bukhari,no 6502)
Ainsyah Radhiyallahu ‘anha pernah berkata:’orang-orang yang terdahulu berbuat kebaikan itu adalah orang-orang yang berjalan seiring bersama Rasullullah S.A.W, sementara orang yang pertengahan itu adalah orang-orang yang menyusul mereka atau orang-orang yang sentiasa mengikuti mereka dengan kebaikan-sebagaimana yang dikatakan oleh Aisyah Radhiyallahu ‘anha –dan orang yang berbuat aniaya kepada dirinya sendiri adalah saya dan kamu.
Ini hanyalah sifat rendah hati Ainsyah Radhiyallahu ‘anha.

No comments:

Post a Comment