Pages

Sunday, 19 June 2011

1.1 FAKTOR-FAKTOR MERAIH CINTA ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA



Pertama: dengan Al-quran Al-karim
Faktor yang paling disukai oleh Allah S.W.T kerana Al-quran adalah kitab yang sangat agung yang diwasiatkan oleh Rasullullah S.A.W kepada umatnya.
Maka umat ini tidak akan pernah berjaya dan beruntung kecuali dengan membaca,merenung dan mengamalkam isi landungan Al-quran. Sekiranya umat ini menolaknya maka Allah akn menjerumuskannya ke jurang perselisihan dan perpecahan yang berpanjangan.
Imam At-Tirmizi dan Iman Ahmad meriwayatkan daripada Usamah Radiyallahu ‘anhu,bahawa Rasullullah S.A.W bersabda:
“tidaklah suatu kaum itu sesat(berpa;ing) setelah mereka mendapat hidayah(Al-quran) yang diberikan kepada mereka,melainkan mereka akan dijerumuskan menuju jurang oerselisihan dan perpecahan”. (Ahmad,no.21660)

Umat yang mengambil ilmu pengetahuan selain dari Al-quran adalah umat yang tidak berakal,tidak mempunyai sistem kehidupan yang jelas. Sesiapa sahaja yany mengamalkan isi kandungan Al-quran berhak menjadi manusia yang hebat,termulia, dan teragung di sepanjang sejarah, sama ada dari segi ibadat dan kehambaan kepada Allah S.W.T
            Maka tatkala kita –kecuali yang dirahmati Allah- berpaling daripada Al-quran,hati kita akan mati dan kita akan kehilangan cahaya yang berkilauan,kehilangan sinar yang gemerlapan dan kehilangan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah S.W.T
             
            Allah S.W.T berfirman kepada Rasullullah S.A.W:
Dan supaya aku membacakan Al-quran(kepada manusia)..... (An-Naml:92)
                                                         
            Jadi, tugas utama Rasullulah adalah membaca(mengajarkan) Al-quran kepada umat manusia.

Ummul Mu’minin, Aisyah Radhiyallahun ‘anha berkata tentang budi pekerti Rasullullah S.A.W “budi pekerti Rasullullah S.A.W adalah Al-quran.” (Muslim.no 746)

Pernyataan Ummul Mu’minin adalah pernyataan yang amat agung setelah pernyataan yang disampaikan oleh Allah dalam firmannya ketika Allah menyifati dan menggambarkan budi pekerti Rasullullah. Seolah-olah Rasullullah S.A.W bagaikan Al-quran yang berjalan di permukaan bumi ini.
 Apabila kamu membaca dan menghayati Al-quran, seolah-olah kamu kembali membaca sejarah hidup Rasullullah S.A.W

Allah S.W.T berfirman kepada Rasullullah S.A.W:

Dan sesungguhnya kamu beenar-benar berbudi pekerti yang agung.(Al-qalam:4)


No comments:

Post a Comment