Pages

Tuesday, 21 June 2011

Ketiga: Qiayamullail (solat malam)


Ketiga: Qiayamullail (solat malam)
Faktor ketiga ini untuk meraih kecintaan Allah S.W.T adalah dengan qiyamullail. Kita mengadukan keadaan kita yang sesungguhnya kepada Allah ketika kita melakukan qiyamullail.
Allah S.W.T menyebut ciri hambanya yang bertaqwa adalah yang gemar melakukan qiamullail, firman-NYA
“Di dunia mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan selalu memohon keampunan di waktu pagi sebelum fajar.” (Adz-Dzariyat:17-18)
“Lambang mereka jauh daripada tempat tidurnya(mereka tidak tidur di waktu biasanya orang tidur untuk mengerjakan solat malam) dan mereka selalu berdoa kepada Rabbya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa-apa rezeki yang Kami berikan” (As-Sajdah:16)
Qiamullail boleh dilaksanakan meskipun dengan melakukan solat dua rakaat sebelum waktu subuh tiba, sekitar sepertiga malam, agar kita termasuk dalam golongan yang mengingati Allah S.W.T pada saat indah seperti itu.
Abu Hurairah Radhiyalluanhu berkata, Rasullullah S.A.W bersabda:
“Allah S.W.T turun ke langit dunia , tatkala sepertiga waktu malam masih tersisa, Allah menyeru; “Adakah di antara hambaKu yang berdoa kepadaKu, supaya Aku mengabulkan permintaannya? Adakah di antara hambaKu yangmeminta ampun kepadaKu, supaya Aku mengamouninya? Adakah di antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya Aku memenuhinya. ” (Al-Bukhari,no.1145)
Tentunya maksud turun di sini adalah turun yang sesuai dengan keagungan Allah S.W.T, kita tidak dapat menggambarkan,menyamakan, tetapi kita juga tidak dapat membantahnya.
Akan tetapi, saat-saat seperti ini, banyak dilalaikan oleh manusia. Tepuk dada tanya selera. Orang yang sengaja melalaikannya termasuk orang yang terhina dan terhalang daripada kebaikan kecuali ada keuzuran, musafir atau berjaga malam dalam suatu hal yang mesti dia lakukan.
Faktor-faktor yang dapat membantu qiyamullail:-
1.       Tidak melakukan kemaksiatan di siang hari.
2.       Melakukan wirid(zikir), sebagaimana yang diajarkan oleh Rasullullah S.A.W kepada Ali bin Abi Talib dan Fatimah bt Mahammad, iaitu bertasbih(Subhanallah) sebanyak 33 kali, bertahmid(Alhamdulillah) sebanyak 33 kali, dan bertakbir (Allahu Akhbar)sebanyak 34 kali.
3.       Seseorang itu sudah bertekad untuk melakukan qiamullail, dia tidak tidur terlalu lewat pada malamnya.
4.       Tidur sekejap di waktu siang.
Qiamulllail adalah amalan wajib bagi Rasulluh S.A.W baginda mmelakukan qiamullail walupun baginda telah dijamin syurga. Kita ini siapa jika hendak dibandingkan dengan Rasullullah, tidak terbandinglah jawabnya. Jadi marilah kita berusaha untuk mengamalkan amalan qiamullail.

No comments:

Post a Comment