Kedua:melepaskan dunia (Tajarud ‘Aniddunya) dan Zuhud
Terhadapnya
Faktor kedua ini ridak terlalu berkeinginan terhadap
kehidupan dunia dan dia sentiasa bersikap zuhud (meninggalkan kesenangan
duniawi), sebagaimana yang telah diisyaratkan oleh hadith yang diriwayatkan
oleh Ibnu Majah daripada Sahl bin Sa’ad Radiyallahu ‘anhu, ia berkata: “ada
seseorang menghampiri Rasullullah S.A.W dan berkata: “wahai Rasullullah,
tunjukilah kepadaku suatu amalan (ibadah) kalau saya melakukannya,Allah akan
mencintaiku dan saya juga dicintai oleh segenap manusia?”
Maka Rasullullah S.A.W bersabda:
“bersikap zuhudlah
kamu teradap kehidupan dunia ini,nescaya Allah akan mencintaimu dan bersikap
zuhudlah kamu terhadap sesuatu yang dimiliki oleh manusia, maka manusia akan
mencintaimu” (Ibnu Majah,no 1302)
Salah satu peringkat yang paling agung dalam kehidupan
seorang manusia apabila ia mengeluarkan perasaan cinta kepada dunia dari
hatinya dan mencintai Allah S.W.T sepenuhnya. Maka Allah S.W.T juga akan
mencintainya.
cinta kepada Allah tidak akan diperoleh jika sekiranya manusia itu tidak menghambakan dirinya itu kepada Allah. Penghambaan itu beerti melakukan perkara yang disuruh Allah dan meningggalkan perkara yang dilarang-NYA.
cinta kepada Allah tidak akan diperoleh jika sekiranya manusia itu tidak menghambakan dirinya itu kepada Allah. Penghambaan itu beerti melakukan perkara yang disuruh Allah dan meningggalkan perkara yang dilarang-NYA.
Allah S.W.T berfirman kepada Rasullullah S.A.W dalam rangka
mengingatkan Baginda S.A.W
“Dan bawasanya tatkala
hamba Allah(Muhammad) berdiri menyembah-NYA (mengerjakan ibadah), hampir sahaja
jin-jin itu desak-mendesak mengerumuninya” (Al-jin:19)
Rasullullah S.A.W mengingatkan kita supaya berwaspada kepada
kecintaan dan penghambaan kepada dunia.
Baginda bersabda:
“celakalah orang yang
menjadi penghammba dinar, celakalah orang yang menjadi penghamba dirham,
celakalah orang yang menjadi penghamba kemewahan dan celakalah orang yang
menjadi penghamba kemegahan,celaka dan binasalah mereka semua, kalau dia sudah
jatuh tersungkur, maka dia tidak akan boleh untuk bangkit kembali” (Al-Bukhari,no. 2887)
Mengapa mereka mendapat kecelakaan? Kerana mereka telah
menjadi hamba kepada hawa nafsu mereka.
Kita sering mendengar kisah tentang Muhammad bin Wasi’ seorang ahli sufi zuhud di masanya,
tatkala dia berada dalam barisan askar yang dipimpin oleh Qutaibah bin Muslim untuk meninggikan kalimah “LA ILLAHA
ILLALLAH” pada bahagian timur negara Islam saat itu.
Maka pada suatu kesempatan , Qutaibah hendak menguji
Muhammad bi Wasi’ ini di hadapan para panglima dan para menteri , maka Qutaibah
berkata kepada para panglima dan menteri ini, sementara di tangannya terdapat
segenggam emas yang diperolehi daripada hasil ghanimah perang daripada musuh-musuh Islam, sebagai langkah awal,
dia berkata kepada mereka: “adakah tuan-tuan percaya bahawa kalau saya
menyerahkan segenggam emas ini kepada seseorang lalu dia akan menolaknya?”
Mereka menjawab: “kami sama sekali tidak percaya kalau ada
orang yang menolak (zuhud) terhadap segenggam emas ini.”
Maka dia berkata: “Baik, saya akan memperlihatkan seseorang
daripada umat Nabi Muhammad S.A.W yang menyamakan emas dengan tanah kepada
tuan-tuan. Maka diapun berkata kepada para perajuritnya. “Panggilkan Muhammad
bin Wasi’ untuk segera mengadapku.”
Maka dengan serta
merta para perajuritnya itu menghampiri Muhammad untuk mereka hadapkan kepada
pemimpin mereka, makla seketika mereka melihatnya bertasbih dan beristighfar
(memohon ampun) serta memuji Allah S.W.T seraya memohon kepada-NYA untuk
kemenangan kaum muslimin.
Maka tatkala dia mengadap Qutaibah, beliau pun memberikan
segenggam emas itu kepadanya. Maka diapun mengambil emas tersebut daripada
Qutaibah.
Dengan serta merta Qutaibah tercengang! Kerana sebelumnya
dia beranggapan bahawa, Muhammad bin Wasi’ akan menolak pemberiannya. Seketika
itu juga wajahnya berubah di hadapan para panglima dan menteri itu.
Lalu Muhammad bin
Wasi’ keluar daripada majlis tersebut dengan membawa emas, maka Qutaibah
memerintahkan perajuritnya untuk mengawasi Muhammad bin Wasi’ ke mana sahaja
dia akan membawa emas tersebut? Lalu Qutaibah berkata: “Ya Allah, janganlah
kamu sia-siakan hasratku kepadanya.”
Muhammad bin Wasi’
terus membawanya, sampai ia bertemudengan seorang miskin yang meminta-minta
kepadanya, maka diapun memberikan semua pemberian Qutaibah kepada orang miskin
itu tadi.
Tatkala mereka memberitahukan peristiwa tersebut kepada
Qutaibah, maka diapun berkata kepada orang berada di sekelilingnya. “Bukankah
aku sudah memberitahu kepada kalian bahawa masih ada hamba Allah daripada umat
Nabi Muhammad S.A.W yang menyamakan emas dengan tanah.
Dan beginilah zuhud yang diinginkan itu.
Menurut Taqiyuddin Abl Abbas Ibnu Taimiyyah, zuhud adalah
meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat. Manakala
menurut Iman Ahmad,zuhud sebatas ini sahaja(meninggalkan yang haram)

No comments:
Post a Comment