Pages

Tuesday, 21 June 2011

Kedua:melepaskan dunia (Tajarud ‘Aniddunya) dan Zuhud Terhadapnya


Kedua:melepaskan  dunia (Tajarud ‘Aniddunya) dan Zuhud Terhadapnya
Faktor kedua ini ridak terlalu berkeinginan terhadap kehidupan dunia dan dia sentiasa bersikap zuhud (meninggalkan kesenangan duniawi), sebagaimana yang telah diisyaratkan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Sahl bin Sa’ad Radiyallahu ‘anhu, ia berkata: “ada seseorang menghampiri Rasullullah S.A.W dan berkata: “wahai Rasullullah, tunjukilah kepadaku suatu amalan (ibadah) kalau saya melakukannya,Allah akan mencintaiku dan saya juga dicintai oleh segenap manusia?”
Maka Rasullullah S.A.W bersabda:
bersikap zuhudlah kamu teradap kehidupan dunia ini,nescaya Allah akan mencintaimu dan bersikap zuhudlah kamu terhadap sesuatu yang dimiliki oleh manusia, maka manusia akan mencintaimu(Ibnu Majah,no 1302)
Salah satu peringkat yang paling agung dalam kehidupan seorang manusia apabila ia mengeluarkan perasaan cinta kepada dunia dari hatinya dan mencintai Allah S.W.T sepenuhnya. Maka Allah S.W.T juga akan mencintainya.
                cinta kepada Allah tidak akan diperoleh jika sekiranya manusia itu tidak menghambakan dirinya itu kepada Allah. Penghambaan itu beerti melakukan perkara yang disuruh Allah dan meningggalkan perkara yang dilarang-NYA.
Allah S.W.T berfirman kepada Rasullullah S.A.W dalam rangka mengingatkan Baginda S.A.W
“Dan bawasanya tatkala hamba Allah(Muhammad) berdiri menyembah-NYA (mengerjakan ibadah), hampir sahaja jin-jin itu desak-mendesak mengerumuninya” (Al-jin:19)
Rasullullah S.A.W mengingatkan kita supaya berwaspada kepada kecintaan dan penghambaan kepada dunia.
Baginda bersabda:
celakalah orang yang menjadi penghammba dinar, celakalah orang yang menjadi penghamba dirham, celakalah orang yang menjadi penghamba kemewahan dan celakalah orang yang menjadi penghamba kemegahan,celaka dan binasalah mereka semua, kalau dia sudah jatuh tersungkur, maka dia tidak akan boleh untuk bangkit kembali(Al-Bukhari,no. 2887)
Mengapa mereka mendapat kecelakaan? Kerana mereka telah menjadi hamba kepada hawa nafsu mereka.
Kita sering mendengar kisah tentang Muhammad  bin Wasi’ seorang ahli sufi zuhud di masanya, tatkala dia berada dalam barisan askar yang dipimpin oleh Qutaibah bin  Muslim untuk meninggikan kalimah “LA ILLAHA ILLALLAH” pada bahagian timur negara Islam saat itu.
Maka pada suatu kesempatan , Qutaibah hendak menguji Muhammad bi Wasi’ ini di hadapan para panglima dan para menteri , maka Qutaibah berkata kepada para panglima dan menteri ini, sementara di tangannya terdapat segenggam emas yang diperolehi daripada hasil ghanimah perang daripada musuh-musuh Islam, sebagai langkah awal, dia berkata kepada mereka: “adakah tuan-tuan percaya bahawa kalau saya menyerahkan segenggam emas ini kepada seseorang lalu dia akan menolaknya?”
Mereka menjawab: “kami sama sekali tidak percaya kalau ada orang yang menolak (zuhud) terhadap segenggam emas ini.”
Maka dia berkata: “Baik, saya akan memperlihatkan seseorang daripada umat Nabi Muhammad S.A.W yang menyamakan emas dengan tanah kepada tuan-tuan. Maka diapun berkata kepada para perajuritnya. “Panggilkan Muhammad bin Wasi’ untuk segera mengadapku.”
 Maka dengan serta merta para perajuritnya itu menghampiri Muhammad untuk mereka hadapkan kepada pemimpin mereka, makla seketika mereka melihatnya bertasbih dan beristighfar (memohon ampun) serta memuji Allah S.W.T seraya memohon kepada-NYA untuk kemenangan kaum muslimin.
Maka tatkala dia mengadap Qutaibah, beliau pun memberikan segenggam emas itu kepadanya. Maka diapun mengambil emas tersebut daripada Qutaibah.
Dengan serta merta Qutaibah tercengang! Kerana sebelumnya dia beranggapan bahawa, Muhammad bin Wasi’ akan menolak pemberiannya. Seketika itu juga wajahnya berubah di hadapan para panglima dan menteri itu.
 Lalu Muhammad bin Wasi’ keluar daripada majlis tersebut dengan membawa emas, maka Qutaibah memerintahkan perajuritnya untuk mengawasi Muhammad bin Wasi’ ke mana sahaja dia akan membawa emas tersebut? Lalu Qutaibah berkata: “Ya Allah, janganlah kamu sia-siakan hasratku kepadanya.”
 Muhammad bin Wasi’ terus membawanya, sampai ia bertemudengan seorang miskin yang meminta-minta kepadanya, maka diapun memberikan semua pemberian Qutaibah kepada orang miskin itu tadi.
Tatkala mereka memberitahukan peristiwa tersebut kepada Qutaibah, maka diapun berkata kepada orang berada di sekelilingnya. “Bukankah aku sudah memberitahu kepada kalian bahawa masih ada hamba Allah daripada umat Nabi Muhammad S.A.W yang menyamakan emas dengan tanah.
Dan beginilah zuhud yang diinginkan itu.
Menurut Taqiyuddin Abl Abbas Ibnu Taimiyyah, zuhud adalah meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat. Manakala menurut Iman Ahmad,zuhud sebatas ini sahaja(meninggalkan yang haram)

No comments:

Post a Comment